Wednesday, 27 July 2011

KUNYIT HANGIT! MULUT HUSAM MUSA ADA IFRIT BILA KENA 'SCAN'!!!


Apa yang nak diherankan kalau Husam Musa dan seluruh PAS tidak bersetuju dengan sistem biometrik yang hendak diperkenalkan oleh SPR. Apatah lagi kalau keputusan itu dicapai dengan persetujuan Salahuddin Puduraya dan Mahfuz Bean.

Sepanjang PAS ada di dunia ini, apa yang PAS setuju dengan kerajaan? Tidak ada satu pun. Masa mula-mula tubuh dulu, PAS tak setuju Malaya merdeka. PAS pun tak setuju Malaya merdeka tanpa Indonesia.

Jadi bila Husam mewakili PAS menyatakan tak setuju dengan biometrik dan mahukan juga dakwat kekal celup jari, ia bukanlah sesuatu yang besar. Selagi cadangan tersebut keluar dari mulut kerajaan, PAS takkan setuju sampai bila-bila dan walau dengan apa cara.

Malulah PAS kalau PAS bersetuju. Kalau PAS terus saja bersetuju dengan cadangan SPR, maknanya PAS memang jenis murahanlah. PAS sebagai pembangkang, perlu bangkang segala-galanya macam PAS bangkang Jambatan Pulau Pinang, Proton Saga, Perodua, Empangan Bakun, Litar F1, KLIA, PLUS dan macam-macam lagi.

Kalau korang nak tahu, PAS jugalah yang nak lelong Putrajaya dan kecohkan tentang Mahligai Impian yang kononnya lambang pengtakhtaan Tun Mahathir yang takkan turun dari jawatan Perdana Menteri.

Tak lama lepas tu, Fadhil Nor pun mati selepas dia melihat sendiri bukti, tanpa Anwar, Malaysia aman damai!

Aku sikit pun tak heran bila Husam Musa kata PAS tentang biometrik.

Aku hanya akan hairan dan susah hati kalau tiba-tiba sahaja PAS menyokong apa-apa sahaja keputusan yang kerajaan buat. Mungkin juga kalau itu yang berlaku, aku terpaksa jumpa doktor untuk periksa kalau-kalau otak aku sakit!!!


Widget by Forex Trading | Business

0 comments:

Post a Comment

 
Online