Wednesday, 27 July 2011

CILI KASI TARUK!!! TNB UNTUNG LAGI, TARIF ELEKTRIK MACAM MANA?

Semalam aku tengok dalam Buletin Utama TV3, Che Khalib Mohd Noh, CEO TNB dengan penuh yakin berkata, TNB dijangka mencatatkan keuntungan pada tahun kewangan yang berakhir 31 Ogos ini, sekalipun kerugian sebanyak RM440.2 juta dicatatkan pada suku ketiga. Bagaimanapun, kata CEO yang 'amat pandai' itu, TNB tidak mampu mengatasi keuntungan tahun lepas.

Sikitlah aku tulis tentang profit TNB... TNB mencatatkan keuntungan bersih pada tahun kewangan berakhir pada 31 Ogos 2010, telah meningkat sebanyak 22.6% iaitu RM2.6 bilion, manakala perolehan juga telah meningkat kepada RM30.32 bilion.

Tahun ni, TNB kurang catat keuntungan sebab kenaikan harga minyak, katanya lagi...

Yang tak dicakap ialah kenaikan tarif elektrik sebab kenaikan harga bahanapi termasuklah arang batu, gas, petroleum dan sebagainya.

Kalau korang dengan radio, hari-hari Ketua Setiausaha kementerian terbabit duk bercerita, kerajaan 'terpaksa' bayar RM140 juta sebab mana-mana bil pengguna di bawah RM20, semuanya ditanggung percuma oleh kerajaan!

Keuntungan besar yang dicari atau mahu dikekalkan adalah dengan menaikkan tarif elektrik. Konon-kononnyalah nak menghukum rakyat yang banyak guna tenaga elektrik? Penyelesaian masalah kepada peningkatan harga bahan api yang 'membebankan' TNB adalah dengan menaikkan tarif elektrik...

Muahahahaha... congak bodoh, aku pun boleh buat keuntungan besar kalau macam tu...

Mungkinlah orang besar-besar ni tak tahu dan tak dengar rungutan orang ramai tentang tarif elektrik. Bab tarif elektrik nih, takdak UMNO, takder PAS, takder Pakatan Rakyat. Ini bab sama macam makan nasi kandar juga... semua sama.

Aku nak tanyalah, korang pernah tengok rumah orang takder peralatan elektrik satu benda pun, kecuali lampu? Lampu pun dinyalakan kurang dari 4 jam sehari? Dan lampu tu pula hanya satu-satunya di dalam rumah tuh?

Korang pernah tengok?

Korang rasa pula, kalau keluarga yang ada anak ramai, macam mana pula nak dapat RM20 bil setiap bulan? Che Khalib ada perasan tak? Tun Don bangang yang konon-kononnya prihatin dulu yang buat keputusan bagi percuma kepada bil bawah RM20 dulu, pernah ambik tahu ke?

Ini cerita sama sahaja macam cerita air percuma 20 meter padu di Selangor tu... sebijik saling tak tumpah. Aku rasalah, Khalid Ibrahim memang pengkagum Tun Don. Tu pasal, apa-apa yang dilakukan oleh Tun Don, semuanya diulang balik dengan jenama baru.

Geli telinga aku, rasa nak terjeluak nasi kandar yang aku makan petang semalam bila aku dengar Che Khalib kata, TNB menjangkakan keuntungan lagi. Aku lagi geli tali perut bila dengar Che Khalib kata TNB menjangkakan keuntungan pada 2012 juga akan dapat dicapai, sekalipun tidak sebesar tahun 2010...

Daripada keuntungan-keuntungan besar TNB tu, pernah tak TNB consider untuk menurunkan tarif elektrik atau mengadakan satu bentuk tanggungjawab sosial seperti memberi token kepada keluarga yang ada anak ramai?

Dan yang paling aku tertanya-tanya, daripada sekian banyak sumber tenaga, kenapa agaknya TNB tidak pernah terfikir untuk menjanakan elektrik daripada cahaya suria, sedangkan kat Malaysia ni, MATAHARI TAK PERNAH PADAM dan TAK PERNAH KURANG SINARNYA. Malaysia pun ada laut. Malaysia pun ada angin... kenapa pula tetap nak guna arang batu, gas dan petroleum untuk jana tenaga?

Atau sebenarnya arang batu, gas dan petroleum itu hanyalah alasan untuk menaikkan tarif sebab aku perhatikan itulah alasannya setiap kali TNB nak naikkan kadar elektrik yang perlu dibayar oleh rakyat Malaysia dan industri?


Widget by Forex Trading | Business

0 comments:

Post a Comment

 
Online