Wednesday 27 July 2011

GEMPAR!!! MAZLAN ALIMAN JUAL BORANG PALSU UNTUK MENIPU!!!!


Kalau ada sesiapa yang tak kenal Mazlan Aliman, aku rasalah orang tu memang dilahirkan cacat otak. Lebih-lebih lagi kalau orang tu dari FELDA atau FELCRA. Mesti kenal dan tahu bila disebut ANAK dan BAPA. ANAK untuk FELDA dan BAPA untuk FELCRA.

Perjuangan Mazlan Aliman seperti yang diketahui semua orang, adalah untuk menipu! Dia akan menghasut anak-anak generasi kedua dan ketiga FELDA untuk memberontak serta mendesak kerajaan menyediakan tanah yang serupa diberikan kepada ibu bapa mereka untuk diusahakan. Konon-kononnya kerajaan terhutang budi dengan mereka sebab mereka masuk FELDA, walaupun hakikatnya adalah terbalik!

Itu cerita, ramai sudah tahu...

Ni aku nak cerita... Mazlan Aliman dan konco-konconya dah edarkan borang permohonan tanah kepada para peserta FELCRA di Pahang. Konon-kononnya, mana-mana yang terlibat dengan FELCRA akan diberikan tanah berdasarkan permohonan mereka sekarang. Itu pun kalau PAS berjaya memenangi Pahang dan menjadi Kerajaan Negeri.

Satu borang berharga RM10!

Korang bayangkan berapa banyak sudah dapat kaut hanya dengan menjual angan-angan?

PAS nak tawan Pahang?

Ini mesti mimpi Selangor dengan Perak sudah meresap kat Pahang pulak... PAS dabik dada kata mereka menang di Perak dan Selangor untuk membentuk Pakatan Rakyat tapi tahukah anda, PAS hanya menang 6 kerusi di Perak dan 8 kerusi di Selangor!

Aku dengar, FELCRA sedang merangka untuk menyaman BAPA dan MAZLAN ALIMAN kerana menipu dan mengutip duit awam dengan menfitnah FELCRA. Dan aku juga dengar, Bank Negara pun turut campur tangan sebab jenayah kutip deposit daripada orang ramai tanpa lesen adalah jenayah perdagangan.

Baru beberapa minggu yang lepas, Mazlan Aliman terpaksa bayar seorang pengurus FELDA sebab tersalah fitnah... kalau FELCRA pula heret dia, macam mana agaknya Mazlan Aliman?


Widget by Forex Trading | Business

0 comments:

Post a Comment

 
Online