Wednesday 27 July 2011

GEMPAR BERAPI! ORANG DALAM UMNO SABOTAJ FACEBOOK PM!!!




Semalam sama ini hari, pencacai Pakatan Rakyat termasuklah Anwar Pandikutty seronok sebab FB PM kena hack. Aku tak mahulah tuduh sesiapa pun kan, sebab al-maklumlah... aku ni tak pandai FB... Twitter pun tak pandai. Tapi yang aku nampak, budak-budak yang menggrafikkan 'DIAMLAH' juga adalah sebahagian daripada 210,000 orang yang dah 'LIKE' Najib letak jawatan!

Eh, lupa pulak aku... TAHNIAHLAH kepada Tun Faizal sebab 'TELAH BERJAYA MEMBUATKAN AMBIGA PENGSAN-PENGSAN' sebab nak jawab soklan kau dalam Wacana yang dianjurkan oleh Sinar Harian!

Aku tak pergi semalam sebab AKU TAK TERER ENGLISH dan AKU TAK ADER DEGREE...

Betul tak betul, tak tahulah, tapi itulah yang DIPROMOSIKAN oleh beberapa orang blogger yang dikenalpasti sebagai 'dapat pergi Sarawak' sebab buat satu artikel bela Tun Faizal. Tapi aku tengoklah klip video yang dikatakan hebat sangat mengasak tuh!

Muahahaha...

Eh, pasal apa plak jadi cerita si bantut tuh?

Aku pelik sebenarnya, kononnya ada satu unit dalam Pemuda UMNO tu, sangat hebat. Konon-kononnya ramai benarlah Blogger, Facebooker dan Twitter yang bernaung di bawahnya. Sehinggalah grafik 'DIAMLAH' dibuang dari Wall Najib Razak, aku tak nampak seekor pun Facebooker yang dikatakan bernaung di bawah unit itu datang 'membelasah' anak-anak Cina berkenaan.

Pelik jugak aku... mana perginya segala Facebooker yang telah dilatih dan sentiasa berjaga-jaga untuk memerangi Pakatan Rakyat? Mana perginya kejayaan unit berkenaan yang dibangga-banggakan oleh Pengerusinya? Kata nak sangat AMMO... tu, besar punya AMMO dah sampai, apsal tak settle kan?

Dan mana dia facebooker-facebooker yang lain? Takkan hanya bertelur dan berendam dalam sarang masing-masing, serta masih ketakutan untuk berdebat di ruang yang lebih terbuka?

Yang tak sedap dan sampai ke telinga aku ialah, memang ada pihak-pihak dalam UMNO sendiri yang mahu benda tu berlaku kepada Najib Abdul Razak sebagai tekanan kepada PM untuk tidak menolak nama mereka sebagai calon pada PRU13 nanti. Bila dah jadi macam sekarang, mulalah masing-masing akan menawarkan bantuan untuk menjaga akaun FB sambil berjanji perkara yang sama tidak akan berulang.


Widget by Forex Trading | Business

0 comments:

Post a Comment

 
Online