Saturday 6 August 2011

Wikileaks: Ku Li berminat dengan 916 jika dijadikan PM


Berikutan pendedahan The Unspinners akan mereka yang terlibat berbincang dengan Ku Li pada hari Ahad lepas, Malaysia Today mendedahkan laporan Wikileaks perbincangan antara Tengku Razaleigh dan Duta Amerika yang Ku Li menunjukkan keinginan untuk jawatan PM.

Laporan Wikileaks ini menyatakan bahawa Anwar telah menyedari kesusahan untuk mendapatkan lompat parti bagi 916 dan menukar fokus menguatkan Pakatan Rakyat.

Wikileak juga mendedahkan Ku Li ada dilamar oleh Anwar sebelum dan selepas September 16hb 2009. Walaupun dia hanya boleh bawa dalam 4 atau 5 orang saja, Ku Li hanya menunjukkan minat jika dia dijadikan PM.

Pada wam lain pula dikatakan ku Li ketika itu. Nampaknya Ku Li masih pakar dalam ilmu "baling batu sorok tangan."

Turut didedahkan Wikileaks ialah Khairy yang pernah menjadi wakil Tun Abdullah dalam perbincangan dengan pihak pembangkang untuk mendapatkan sokongan reformasi kehakiman.

Ku Li juga dilaporkan bertemu dengan Duta Amerika padda Oktober 30hb 2009 dimana dia memberitahu Duta bahawa Khairy adalah perantara antara Abdullah dan Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim mengaku ada bertemu Ku Li tetapi menafikan ianya berhubung memujuk Ku Li melompat parti. Baca MI sini


Khairy menafikan sama sekali sebarang peranan sebagai wakil Abdullah kepada perbincangan dengan Anwar. Baca Mi sini

Wikileak turut mendedahkan Nurjazlan memberitahu Political Counselor Amerika bahawa penggunaan ISA untuk menahan Raja Petra, Theresa Kok dan seorang wartawan juga menakutkan MP BN untuk melompat parti mengikut Anwar Ibrahim.

Ku Li yang sudah dua minggu mendiamkan diri dari menjawab pelbagai spekulasi yang timbul dari pelancaran AMANAH dan pendedahan oleh Dato Zaharian Hashim bahawa dia telah dipelawa mengetuai Pakatan Rakyat dikatakan pernah dipujuk bersama beberapa MP yang rapat dengannya ikut lompat ke Pakatan Rakyat.

Respons Nik Aziz kepada saranan Zaharian agak kasar memanggilnya sampah. PAS nampaknya tertekan dengan pendedahan Zaharin kerana ianya satu tamparan kepada kepimpinan Hadi.

Dalam tulisan terbaru dalam blognya sini, Zulkifli Nordin turut menimbulkan peranan PAS ini yang dilihat sudah menyedari Anwar sebagai excess baggage dan kini mahu beralih kepada Ku Li.

Tindakan menubuh AMANAH dilihat adalah langkah Ku Li yang lebih selesa dan selamat dari disembelih.

Berapa lama Ku Li boleh terus berdiam? Masa sudah berubah dan orang cepat tangkap permainan yang cuba dimainkan.


Widget by Forex Trading | Business

0 comments:

Post a Comment

 
Online