Saturday 6 August 2011

Lagi kisah Selangor Ku salahguna wang untuk politik parti

Kerajaan Selangor Sedia Geran RM 1 Juta Untuk Cabar Daftar Pemilih SPR

mStar, Rabu Ogos 3, 2011

SHAH ALAM: Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Selasa bersetuju untuk menubuhkan satu geran tidak lebih RM1 juta bagi membiayai usaha menfailkan bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap senarai daftar pengundi baru yang mencurigakan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, geran itu ditubuhkan kerana kerajaan negeri memandang serius aduan mengenai kepincangan pada daftar pengundi sedia ada dan pengundi baru.

"Aduan dan tuduhan termasuk rakyat negera jiran yang mendapat taraf pemastautin tetap dan disenarai sebagai pengundi amat merungsingkan dan perlu diatasi dengan segera.

"Kami berpendapat bahawa rakyat berhak menuntut satu daftar pemilih yang bersih untuk membuka laluan kepada sistem pilihan raya yang bersih dan adil," katanya.

Menurut beliau, geran itu terbuka kepada orang ramai tanpa mengira kaum, agama dan kecenderungan parti politik.

"Oleh kerana dana kerajaan negeri digunakan, bantahan ini hanya melibatkan kawasan di Selangor saja," katanya.

Khalid berkata, pilihan raya bersih dan adil merupakan tiang utama kepada demokrasi sebenar dan apa jua usaha perlu diambil demi memastikan kredibiliti pilihan raya terus terpelihara serta pilihan rakyat dihormati.

"Pilihan raya bukan saja perlu bersih dan adil tetapi harus kelihatan bersih dan adil di mata masyarakat," ujarnya.


Widget by Forex Trading | Business

0 comments:

Post a Comment

 
Online