Sunday 7 August 2011

DUMC flip flop penjelasan mengenai majlis


Tiba-tiba timbul Majlis Aids Malaysia (MAC) hari ini tampil menyokong Gereja yang diserbu oleh JAIS, macam dirancang sahaja. Sebelum itu dikatakan majlis berbuka puasa bersama penerima bantuan termasuk 12 umat Islam, kemudian dikatakan jamuan 1Malaysia.

Semalam, exco kerajaan Selangor bagi hal ehwal Islam, Datuk Dr Hasan Ali berkata JAIS melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya semalam kerana terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

Dalam satu kenyataan hari ini, presiden MAC, Datuk Mohd Zaman Khan, berkata majlis makan malam itu dianjurkan oleh DUMC untuk mengumpul dana bagi pertubuhan rakan MAC itu di premisnya.

"Ia bertujuan untuk mengumpul dana bagi menyokong Harapan Komuniti, yang matlamat utamanya ialah untuk membantu rakyat Malaysia yang mengidap HIV, tanpa mengira latar belakang etnik dan agama mereka.

Mohd Zaman berkata, dana yang dikumpul dari majlis makan malam itu bertujuan untuk memberi bantuan kewangan kepada golongan yang kurang bernasib baik dan membantu mendapatkan perubatan dan jagaan yang sempurna.

Jika semua yang hadir adalah penerima bantuan, siapa yang nak bagi derma?


Widget by Forex Trading | Business

0 comments:

Post a Comment

 
Online