Sunday, 24 July 2011

MAJLIS EKONOMI MELAYU DITUBUHKAN.


majlis ekonomi melayu(MEM) yang dianggotai oleh 62 NGO melayu ditubuhkan.

tujuannya untuk mengkaji semula kepentingan ekonomi orang melayu.

bagus kata aku ,cuma harapan aku jangan 'gegar awal' je , alang-alang nak kaji biar sampai mencapai matlamat.

ekonomi pengusaha luar bandar (sebut kampung) tolong amik kira.

di shah alam dan mungkin di tempat lain, aku tengok ramai makcik-makcik tua yang berasal dari kampung berpeluh menjaja kerepek dari meja ke meja.

aku sian tengok dorang. baya mak-mak kita gak. (sedih aku lihat cara dorang menjaja ).

apa pandangan dan tindakan MEM bila lihat situasi ni. kalau nak tolong, elok diutamakan golongan kat atas.

mat bangla dan myamnmar pun dah berani bukak kedai makan kat bandar. tak percaya pi tengok kat KL. berlambak papan iklan kedai makan myanmar dan bangla.
duit dorang dapat, macam biasa disalurkan kat negara asal.

urusannya pulak mudah pasal dah banyak 'kedai penghantaran wang' diwujudkan khas untuk menyalurkan duit malaysia mengalir kat luar.

janganlah asyik berlegar di kalangan permaslahan teknokrat dan korporat.


Widget by Forex Trading | Business

0 comments:

Post a Comment

 
Online