Sunday, 24 July 2011

PERMINTAAN KHAS KEPADA DATOK K RAJAGOPAL,JURULATIH MALAYSIA.

malaysia 3 singapura 5.

adat bertanding, ada kalah ada menang. dalam kejuaraan copa america, pasukan bintang bolasepak ternama seperti argentina dan brazil pun boleh tersingkir di pusingan suku akhir.

kehadiran superstar seperti lionel messi,tevez dan neymar tidak dapat memberikan sebarang impak kepada pasukan sendiri.

2 hari lepas, dalam perlawanan ragbi sedunia yang berlangsung di australia, pasukan tuan rumah tumbang dan kalah teruk kepada pasukan samoa. aku tengok badan sorang2 player ragbi samoa dah macam mark henry, pemain wrestling wwe yang gempal.

hulk hogan pernah tewas ditangan ultimate warrior.
stone cold steve austin pernah tewas di tangan bret hart.
triple h pernah tewas ditangan undertaker.

di atas contoh game. adat bertanding.
kalah menang itu wajar diterima.

namun kekalahan pasukan bolasepak malaysia malam tadi di tangan singapura wajar diberi perhatian.

kritikan tidak akan kita lemparkan. jangan bersikap sebegitu. dikala mereka tewas sewajarnya seluruh rakyat malaysia bangkit dan terus memberikan sokongan moral yang cukup padu untuk team malaysia.

kepada jurulatih skuad bolasepak malaysia, ini pandangan aku dan mungkin juga ia mewakili pandangan hampir jutaan peminat bolasepak malaysia.

penjaga gol harus ditukarkan. sarbani alawi agak berat untuk 'melayangkan' badannya ke sana dan kemari. kami tak salahkan kamu wahai sarbani alawi, tapi changes di posisi golkeeper wajar diberi perhatian. penjaga gol kebangsaan farizal wajar diberi peluang menjaga gawang gol. dia cukup perform masa lawan chelsea.
pertahanan malaysia berjersi nombor 2, mahali jasuli tidak perlu diturunkan pada perlawan khamis depan. dia nampak longlai pada game malam tadi.

begitu juga dengan prestasi fadhli shas.

alternatif kepada kebocoran berkali-kali pertahanan negara, maka nama di bawah ini wajib dipanggil segera.

s subramaniam pemain pertahanan kelantan telah menunjukkan aksi yang baik dalam mengekang kemaraan didier drogba pada perlawanan persahabatan dengan chelsea 3 hari lepas.

nur hafiz zamani misbah masih berbisa di benteng pertahanan.
datok k, tolong panggil mereka masuk first eleven.

amirul hadi sepatutnya menjadi player dalam kesebelasan utama skuad negara pada perlawanan minggu depan.

hadi yahya dan safee sali wajib digandingkan pada perlawanan timbal balik minggu depan. pada game minggu depan, ketajaman striker ditagih sepenuhnya untuk kita mendapatkan gol !

kepada seluruh pemain pasukan bolasepak malaysia. ini nota penting untuk kamu.

walaupun kamu tewas di singapura ia tidak akan sesekali membuatkan seluruh rakyat malaysia membenci kamu.

saat senang kami bersamamu dan pada saat susah ini pun jutaan peminat bolasepak malaysia tetap akan setia bersamamu.

menang kamu pada perlawanan khamis ini bakal menjanjikan laluan ke pusingan ke 3 kelayakan piala dunia zon asia. pusingan ke 3 ini akan meletakkan kamu dalam perlawan kumpulan.

ini masanya untuk kamu gapai cita-cita dan harapan jutaan rakyat malaysia !

bangkitlah wahai harimau malaya !
tunjukkan pada kami semangat tidak mengaku kalahmu !
lupakan luka semalam !

ia sebenarnya tonik yang cukup kuat untuk membuatkan kamu bangkit dan menang semula pada perlawanan di stadium keramat bukit jalil pada khamis depan !

aku akan pastikan kempen membakar semangat kamu berlaku hingga saat tiupan wisel bermula !

percayalah, stadium keramat bukit jalil bakal menyaksikan lautan 85 ribu penyokong bolasepak malaysia !

GO MALAYSIA !
GO HARIMAU MALAYA !


Widget by Forex Trading | Business

0 comments:

Post a Comment

 
Online